PEJABAT AGAMA TANAH MERAH

Monday, June 30, 2008

PENGENALAN

Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah mula diasingkan dari Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Tanah Merah pada 16 Julai 1998. Sebelumnya Pejabat ini di kenali sebagai Mahkamah Qadhi yang adalah sebagai Hakim disamping bertugas sebagai Ketua Pendaftar Nikah, Carai & Ruju' dan berurusan dangan keagamaan setempat.

  1. Pejabat Qadhi
  2. Pejabat Penyelia Agama
  3. Pejabat Dakwah Halaqat
Pada dasarnya Pejabat Agama Jajahan Tahan Merah ini adalah di bawah Pentadbiran Jab. Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Wednesday, June 4, 2008

VISI JABATAN AGAMA ISLAM KELANTAN

"UNTUK MENJADI SEBUAH AGENSI YANG MENTADBIR, MENGURUS, MEMBANGUN DAN MENGEMBANGKAN HAL EHWAL ISLAM SECARA CEKAP DAN BERKESAN BAGI MEMELIHARA INSAN DAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T DAN MEMELIHARA SEBUAH NEGERI YANG AMAN SEJAHTERA SERTA MENDAPAT KEREDHAAN-NYA"

MISI JABATAN AGAMA ISLAM KELANTAN

Membina dan melahirkan ummah yang maju,
Pogresif dan berakhlak mulia berteraskan Islam sejajar
dengan dasar kerajaan Negeri Kelantan
" MEMBANGUN BERSAMA ISLAM "

OBJEKTIF JABATAN HAL EHWAL AGAMA KELANTAN

  1. Memastikan kesucian Agama Islam terpelihara dengan berpengang kepada aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  2. Membenuk, membina dan memupuk kesejahteraan ummah berteraskan Islam melalui perancangan dan pelaksannan yang strategik dan berkesan.
  3. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

SEJARAH PENUBUHAN

Kompleks Agama Jajahan Tanah Merah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, D.K.D.M.N.D.K (Negeri Sembilan), D.K (Selangor), D.K (Johor), D.K (Kedah), D.K (Perak), D.K (Terengganu), D.K (Perlis), D.P.S.S (Serawak), D.P (Serawak), S.P.M.K.S.J.M.K, S.P.S.K.S.P.K.K Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.

Pada 18 Jun 1988M bersamaan 4 Zulka'idah 1408H.

Tuesday, May 13, 2008

SUDAHKAH ANDA MEMILIKI KAD NIKAH PINTAR???








SEKIRANYA BELUM SILA MOHON SEKARANG!!!

Pengenalan

Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunakan mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 6/2002. Saiznya lebih kecil seperti kad pengenalan bagi kemudahan pasangan membawa bersama sebagai bukti perkahwinan.

Syarat-syarat

Permohonan hanya sah bagi pasangan yang berkahwin/mendaftar perkahwinan di Negeri Kelantan.pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai sijil perakuan nikah yang dikeluarkan oleh pejabat / mahkamah Qadi Negeri Kelantan.

Dokumen yang diperlukan

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh didapat di mana-mana Pejabat Agama Negeri Kelantan atau boleh dimuat turun melalui laman web http://www.jaheaik.gov.my/ dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

- satu salinan (1) sijil perakuan nikah.
- satu salinan (1) kad Pengenalan suami dan isteri.
- dua (2) keping gambar berukuran pasport berlatar belakangkan biru:


  • satu (1) keping gambar suami (bersongkok)

  • satu (1) keping gambar isteri (pakaian menutup aurat atau bertudung)

- bayaran *RM 30.00 untuk dua (2) keping kad nikah pintar.


*(Hanya sah dalam tempoh promosi sehingga Jun 2008. Harga asal adalah RM50.00)


Permohonan


Kad nikah dipohon di:


Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, kompleks Islam Darul Naim, 15200 kota bharu, Kelantan.


atau di mana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan seprti berikut:


Kota Bharu (09-7443633) Bachok (09-7782522) Tumpat (09-7253382) Pasir Mas (09-7901378) Tanah Merah (09-9554945) Machang (09-9757880) Kuala Krai (09-9665455) Jeli (09-9440679) Pasir Puteh (09-7866877) Gua Musang (09-9123295)


enikah


"Menjana Keluaga Bahagia Masyarakat Sejahtera"


JADUAL TAHUNAN 2008 KURSUS PRA PERKAHWINAN

CARTA ORGANISASI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TANAH MERAH