PEJABAT AGAMA TANAH MERAH

Tuesday, May 13, 2008

SUDAHKAH ANDA MEMILIKI KAD NIKAH PINTAR???








SEKIRANYA BELUM SILA MOHON SEKARANG!!!

Pengenalan

Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunakan mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 6/2002. Saiznya lebih kecil seperti kad pengenalan bagi kemudahan pasangan membawa bersama sebagai bukti perkahwinan.

Syarat-syarat

Permohonan hanya sah bagi pasangan yang berkahwin/mendaftar perkahwinan di Negeri Kelantan.pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai sijil perakuan nikah yang dikeluarkan oleh pejabat / mahkamah Qadi Negeri Kelantan.

Dokumen yang diperlukan

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh didapat di mana-mana Pejabat Agama Negeri Kelantan atau boleh dimuat turun melalui laman web http://www.jaheaik.gov.my/ dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

- satu salinan (1) sijil perakuan nikah.
- satu salinan (1) kad Pengenalan suami dan isteri.
- dua (2) keping gambar berukuran pasport berlatar belakangkan biru:


  • satu (1) keping gambar suami (bersongkok)

  • satu (1) keping gambar isteri (pakaian menutup aurat atau bertudung)

- bayaran *RM 30.00 untuk dua (2) keping kad nikah pintar.


*(Hanya sah dalam tempoh promosi sehingga Jun 2008. Harga asal adalah RM50.00)


Permohonan


Kad nikah dipohon di:


Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, kompleks Islam Darul Naim, 15200 kota bharu, Kelantan.


atau di mana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan seprti berikut:


Kota Bharu (09-7443633) Bachok (09-7782522) Tumpat (09-7253382) Pasir Mas (09-7901378) Tanah Merah (09-9554945) Machang (09-9757880) Kuala Krai (09-9665455) Jeli (09-9440679) Pasir Puteh (09-7866877) Gua Musang (09-9123295)


enikah


"Menjana Keluaga Bahagia Masyarakat Sejahtera"


JADUAL TAHUNAN 2008 KURSUS PRA PERKAHWINAN

CARTA ORGANISASI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TANAH MERAH